Friday, March 9, 2012

Kesedihan Seorang Wanita.

Pada satu ketika dulu anak-anak mak cik di jaga oleh ibu dan bapa mak cik.Sebagai anak yang tua yang di harap-harapkan untuk memberikan cucu pertama pada mereka .Malangnya hajat itu tidak dapat di sempurnakan oleh mak cik.Selama tujuh tahun mak cik berkahwin ,mak cik asyik keguguran sahaja.Kata doktor mak cik ni mempunyai rahim yang lemah.Dah berpuluh- puluh doktor yang merawat mak cik,tak juga dapat anak.Berpuluh-puluh pula bidan yang ibu mak cik bawa dengan harapan untuk dapat anak. Pandangan masyarakat terutama di kampung terhadap orang tak punya zuriat macam mak cik agak rendah.Seolah-olah macam mak cik ni cacat.Adik ipar mak cik yang kawin kemudian pun dah dapat anak.Mak cik ingat lagi betapa megahnya mereka di kala itu .mak cik tak lupa dengan pandangan serong mereka itu.Hinggakan mak merayu dengan suami mak cik supaya ceraikan mak cik ketika mak cik masih muda ini.mak cik fikir jika berpisah ketika itu,kalau tak ada anak lagi mudah.tapi suami mak cik kata ,mak cik ni gila.Dia sendiri pun tak sibuk .Dia tak pernah minta supaya mak cik cepat beranak. Kalau kami ke rumah kawan-kawan ,masalah yang sama akan timbul.Ada seorang kawan dengan kuat dan lantang menegur suami mak cik, "Eh! Mail, tanah kau ni tak suburlah ,tengok aku dah berderet-deret anak aku,aku ingat kau kena cari tanah baru yang lebih subur!".Masa itu suami mak cik bekerja di Jabatan Kerjaraya.Mak cik punya bodohnya masa itu ,mak cik hanya mendiamkan diri aje.Sedihnya Allah saje yang tahu.Waktu balik rumah mak bergaduh dengan suami.Mak cik benar minta di ceraikan.Masa tu mak cik baru berusia 25 tahun. Sewaktu mak cik bekerja di Mida, mak cik sebilik dengan bekas Ketua Pengarah Mida Dato'Khaziah Abdul Kadir .Dia menceritakan kisah mak cik yang tak boleh beranak ni pada arwah kakak iparnya ketika itu Puan Marina seorang wanita Autrallia .Dia berkahwin dengan abang ipar Dato' Khaziah,iaitu Dato'Prof. Khairuddin Yusuf dari Universiti Hospital.Mak Cik malu nak pergi jumpa orang besar - besar ni . Suatu hari mak cik dapat telefon dari Puan Marina yang dia telah buatkan appointment untuk mak cik jumpa suaminya.Supaya mak cik tahu apa masalah mak cik yang tak boleh mrngandung selama tujuh tahun.Mak cik mengalami 5 keguguran. Dato' Dr.Khairuddin yang baik hati ni berilah mak cik pil subur dan buatlah operasi kecil laposkopik,untuk tengok saluran peranakan yang tersumbat atau tersekat.Mak cik di injek setiap minggu selama setahun sebaik saja period mak cik lewat.Bermacam -macam ujian dilakukan . Disamping itu mak cik dan suami tak lupa berdoa kepada Allah.Akhirnya, pada 4Mei,1976 lahir cahaya mata pertama mak cik Seorang anak lelaki bernama Ahmad Khairuddin, sempena nama Dato' Professor Dr. Khairuddin.Yang menyedihkan mak cik ,Puan Marina ,isteri Prof. Yang baik hati itu kemudian meninggal dunia kerana sakit cancer.Mak cik berdoa agar Allah memberi rahmat dan keberkatan kepadanya ,semoga beliau di tempatkan di kalangan orang beriman. Kedatangan Anak pertama mak cik sungguh menggembirakan kehidupan mak cik. Mak cik ingat lagi ketika mak cik mengandung ,mak cik suruh suami mak cik pergi ke pejabat nya untuk tunjuk dengan kawannya yang kurang asam itu yang mengatakan mak cik ni tak subur. Kadangkala kita sesama maanusia tidak perihatin akan perasaan orang lain.Tujuh tahun menunggu kehadiran seorang cahaya mata itu adalah satu penyiksaan bagi seorang wanita.Mak cik amat berterima kasih kepada Dato Prof. Dr. Khairuddin ,Dato' Khaziah Abdul Kadir ,Arwah Puan Marina atas segala budi mereka terhadap mak cik dan suami serta keluarga.Semoga Allah merahmati dan memberkati budi baik anda sekelian.Alfatihah untuk Arwah Puan Marina.

No comments:

Post a Comment