Saturday, March 3, 2012
Tikus kubang ( Episod Terakhir)
Semalam mak cik R bercerita dengan mak cik tua, katanya,salah seorang daripada tikus kubang datang kerumahnya semalam. Tikus kubangb ini cuba mendapatkan info samada mak cik tua dan kawan-kawan ada bercerita mengenai penipuan yang telah di lakukannyatempoh hari. Dia juga memberitahu mak cik R supaya jangan percaya pada mak cik tua dan kawan- kawan kerana semua itu adalah fitnah.Dia terperanjat bila mak cik R menafikannya.Dia dengan sedih menyatakan yang dia tidak sihat dan baru pergi berjumpa doktor.Dia sakit kerana terdapat bengkak pada jantungnya.Doktor kata kalau dia buat operasi pun ,keputusannya 50:50.Jadi doktor enggan membedahnya.dia punya masa yang singkat untuk hidup.Mak cik R menasihatkannya supaya pergi berubat ke Darul Shifaq.Dalam hati mak cik tua tertanya-tanya kenapa tikus kubang ni mengatakan yang dia di fitnah.Sedangkan dia sendiri mengaku melakukan pembohongan tentang kewangan yang diterimanya.Sepatutnya dia minta maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya.sebaliknya menuduh mak cik tua dan rakan-rakan memfitnahkannya.Lagilah mak cik tua tak puas hati.Kalau dia minta maaf dan menyesal akan kesilapannya,mak cik tua dan kawan-kawan mungkin bersimpati dan memaafkannya.Macam mana Darul Shifaq boleh menolongnya kecuali dia bertaubat pada Allah atas kesalahan menipu dan menyeleweng kewangan parti dan persatuan yang didapatinya.oleh sebab mak cik R menafikan yang mak cik tua dan kawan-kawan tidak mengadu apa-apa pun ,dia senang hati.
Pada hari esoknya bila dia berjumpa salah seorang dari kawan-kawan mak cik tua dia pun buatlah baik dan dia pun berceritalah tentang penyakitnya.Macam biasa kawan mak cik tua pun bersimpati kerana takut dia mati terkejut kerana penyakitnya itu.Kawan mak cik tua pun berpesan dengan mak cik tua jangan marah-marah tikus kubang yang saekor ni.Mak cik tua rasa tikus kubang ni takkan insaf kerana dia enggan mengaku tentang penipuannya.Dia hanya perlukan simpati bagi menutup kesalahannya,walaupun bukti -bukti penipuannya amat terang dan jelas.
Secara peribadi mak cik tahu dari tiga ekor tikus kubang ini ,tikus yang mengadu dengan mak cik R ini yang akan menerima padah besar.Yang dua lagi dapat lepas dari jenayah penipuan ini.Ini kerana tikus yang saekor ini bodoh,bongkak dan berlagak.Akhirnya dia dapat pembalasan dari Allah.Dia bertambah sakit,tak boleh tidur malam jiwanya tak tenteram hingga sekarang ini. Begitu juga seekor lagi tikus kubang ini juga telah mendapat penyakit kronik mengikut berita yang di beritahu oleh kawan mak cik tua.Tikus kubang yang seekor lagi sebenarnya adalah mastermind yang merancang dan menggunakan dua ekor lagi tikus kubang yang bodoh dan dungu ini.mungkin dia belum menerima balasan.ALLAH itu MAHA kaya dan adil.Biarlah Allah yang menentukannya balasan yang setimpal untuknya.Jika maanusia tak pandai mengadilinya,ALLAH boleh.Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Maanusia yang betul dan benar dan mengenal dirinya itu sebenar-benar maanusia.Jika tidak ia hanyalah saekor haiwan yang bertuhankan nafsu.
ReplyDelete