Tuesday, October 23, 2012

HARiiSSA HARiiS: MAKLUMAN FOR MY DARLING READERS

HARiiSSA HARiiS: MAKLUMAN FOR MY DARLING READERS: UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, EMAIL SY TELAH DI GODAM.SEDIH NI..HUHUUUU... I HAVE TO START NEW.MULAI HARI INI, SAYA AKAN POST NEW UPDATE MENGGUN...

Tuesday, October 16, 2012

Truly Madly Deeply Story..: Bab 36: Di PenghujungCintaku..AdeliaHONDA CIVIC ...

Truly Madly Deeply Story..: Bab 36: Di PenghujungCintaku..Adelia

HONDA CIVIC ...
: Bab 36: Di Penghujung Cintaku..Adelia HONDA CIVIC berhenti di bahu jalan. Berdekatan dengan jambatan Putrajaya. Dikeliling mereka ban...
Macam saya kata di komen terdahulu,anda diantara seorang novelis yang terbaik.Jangan lekas rasa rendah diri.Secara peribadi saya geram dengan Fasha yang tak habis-habis menyakitkan Adelia. Kalau bolensaya nak watak Irfan di beri  tugas yang lebih mencabar hinggakan Fasha terpaksa buat keputusan
Untuk buat pilihan.Push him to the wall beb sampai jealousy yer tu sampai tahab gaban dan dia buat keputusan. Karekter Fasha yang terdesak tu menyebabkan  Darwina tersedar dan mengalih  minat dan cintanya pada orang lain  tapi bukan Irfan.Tapikan saya secara peribadi lebih suka Irfan menang.Biar Fasha gigit jari sebagai pembalasan atas kekejamanya terhadap Adelia selama 7 tahun tu.Cewah.....

Truly Madly Deeply Story..: Bab 35: Di PenghujungCintaku..Adelia“Macam mana ...

Truly Madly Deeply Story..: Bab 35: Di PenghujungCintaku..Adelia

“Macam mana ...
: Bab 35: Di Penghujung Cintaku..Adelia “ Macam mana dengan yang ini.” mama menunjukkan dress labuh berleher turtle neck berwarna putih ...
Tapikan bila baca bab ni ,Nik Fasha macam dah terbalas  perbuatan .Sejak dia pulang dari Russia dan bekerja di hospital tu dia asyik sakit jiwa  bila orang mengurat Adeli.Best tu padan muka dia. Pembaca dah naik emosi.Setakat ni,saya belum ada rasa kesian dengan Fasha. Maknanya ceriter anda best sebab pembaca dah naik emosi.Bestlah tu.

Truly Madly Deeply Story..: Bab 34: Di PenghujungCintaku..Adelia Nik Pasha t...

Truly Madly Deeply Story..: Bab 34: Di PenghujungCintaku..Adelia

Nik Pasha t...
: Bab 34: Di Penghujung Cintaku..Adelia Nik Pasha tersengih sendiri. Lucu bila teringat kembali kejadian petang tadi bersama isterinya...
Walau apapun latarbelakang yang terjadi pada Fasha dan Darwina ,Fasha sudah beristeri . Tapi dia terlalu zalim pada Adelia.Adelia deserves Irfan Farel  .Fasha perlu dapat pembalasan setimpal biar dia rasa  segala seksa yang Adelia alami  sejak Adelia hidup di rumah keluarganya.Kot sayang macammana pun Adelia tak sepatutnya mendera anak gadis yangvdiamanahkan oleh bapa Adelia kepadanya.Saya lebih rela Fasha putih mata bila Irfan Farel jadi milik Adelia sepenuhnya.

Truly Madly Deeply Story..: Bab 33: Di PenghujungCintaku..Adelia“Kan aku cak...

Truly Madly Deeply Story..: Bab 33: Di PenghujungCintaku..Adelia

“Kan aku cak...
: Bab 33: Di Penghujung Cintaku..Adelia “ Kan aku cakap tak payah hantar.” Adelia mendengus geram. Nik Pasha yang berada di sebelah temp...

Monday, October 15, 2012

Diya Nordin Page: .. kad raya ..

Diya Nordin Page: .. kad raya ..
Alamat sayab:
7248,Jalan Nilam,Taman Setia,53100"Gombak Selangor.Malaysia. Hantar ajer lah apa saja terutama ceriter untuk dibaca ,anytime.Saya suka dan minatbsetiap karya anda.
Terima kasih.

Friday, March 9, 2012

Kesedihan Seorang Wanita.

Pada satu ketika dulu anak-anak mak cik di jaga oleh ibu dan bapa mak cik.Sebagai anak yang tua yang di harap-harapkan untuk memberikan cucu pertama pada mereka .Malangnya hajat itu tidak dapat di sempurnakan oleh mak cik.Selama tujuh tahun mak cik berkahwin ,mak cik asyik keguguran sahaja.Kata doktor mak cik ni mempunyai rahim yang lemah.Dah berpuluh- puluh doktor yang merawat mak cik,tak juga dapat anak.Berpuluh-puluh pula bidan yang ibu mak cik bawa dengan harapan untuk dapat anak. Pandangan masyarakat terutama di kampung terhadap orang tak punya zuriat macam mak cik agak rendah.Seolah-olah macam mak cik ni cacat.Adik ipar mak cik yang kawin kemudian pun dah dapat anak.Mak cik ingat lagi betapa megahnya mereka di kala itu .mak cik tak lupa dengan pandangan serong mereka itu.Hinggakan mak merayu dengan suami mak cik supaya ceraikan mak cik ketika mak cik masih muda ini.mak cik fikir jika berpisah ketika itu,kalau tak ada anak lagi mudah.tapi suami mak cik kata ,mak cik ni gila.Dia sendiri pun tak sibuk .Dia tak pernah minta supaya mak cik cepat beranak. Kalau kami ke rumah kawan-kawan ,masalah yang sama akan timbul.Ada seorang kawan dengan kuat dan lantang menegur suami mak cik, "Eh! Mail, tanah kau ni tak suburlah ,tengok aku dah berderet-deret anak aku,aku ingat kau kena cari tanah baru yang lebih subur!".Masa itu suami mak cik bekerja di Jabatan Kerjaraya.Mak cik punya bodohnya masa itu ,mak cik hanya mendiamkan diri aje.Sedihnya Allah saje yang tahu.Waktu balik rumah mak bergaduh dengan suami.Mak cik benar minta di ceraikan.Masa tu mak cik baru berusia 25 tahun. Sewaktu mak cik bekerja di Mida, mak cik sebilik dengan bekas Ketua Pengarah Mida Dato'Khaziah Abdul Kadir .Dia menceritakan kisah mak cik yang tak boleh beranak ni pada arwah kakak iparnya ketika itu Puan Marina seorang wanita Autrallia .Dia berkahwin dengan abang ipar Dato' Khaziah,iaitu Dato'Prof. Khairuddin Yusuf dari Universiti Hospital.Mak Cik malu nak pergi jumpa orang besar - besar ni . Suatu hari mak cik dapat telefon dari Puan Marina yang dia telah buatkan appointment untuk mak cik jumpa suaminya.Supaya mak cik tahu apa masalah mak cik yang tak boleh mrngandung selama tujuh tahun.Mak cik mengalami 5 keguguran. Dato' Dr.Khairuddin yang baik hati ni berilah mak cik pil subur dan buatlah operasi kecil laposkopik,untuk tengok saluran peranakan yang tersumbat atau tersekat.Mak cik di injek setiap minggu selama setahun sebaik saja period mak cik lewat.Bermacam -macam ujian dilakukan . Disamping itu mak cik dan suami tak lupa berdoa kepada Allah.Akhirnya, pada 4Mei,1976 lahir cahaya mata pertama mak cik Seorang anak lelaki bernama Ahmad Khairuddin, sempena nama Dato' Professor Dr. Khairuddin.Yang menyedihkan mak cik ,Puan Marina ,isteri Prof. Yang baik hati itu kemudian meninggal dunia kerana sakit cancer.Mak cik berdoa agar Allah memberi rahmat dan keberkatan kepadanya ,semoga beliau di tempatkan di kalangan orang beriman. Kedatangan Anak pertama mak cik sungguh menggembirakan kehidupan mak cik. Mak cik ingat lagi ketika mak cik mengandung ,mak cik suruh suami mak cik pergi ke pejabat nya untuk tunjuk dengan kawannya yang kurang asam itu yang mengatakan mak cik ni tak subur. Kadangkala kita sesama maanusia tidak perihatin akan perasaan orang lain.Tujuh tahun menunggu kehadiran seorang cahaya mata itu adalah satu penyiksaan bagi seorang wanita.Mak cik amat berterima kasih kepada Dato Prof. Dr. Khairuddin ,Dato' Khaziah Abdul Kadir ,Arwah Puan Marina atas segala budi mereka terhadap mak cik dan suami serta keluarga.Semoga Allah merahmati dan memberkati budi baik anda sekelian.Alfatihah untuk Arwah Puan Marina.

Saturday, March 3, 2012

Tikus kubang ( Episod Terakhir)

Semalam mak cik R bercerita dengan mak cik tua, katanya,salah seorang daripada tikus kubang datang kerumahnya semalam. Tikus kubangb ini cuba mendapatkan info samada mak cik tua dan kawan-kawan ada bercerita mengenai penipuan yang telah di lakukannyatempoh hari. Dia juga memberitahu mak cik R supaya jangan percaya pada mak cik tua dan kawan- kawan kerana semua itu adalah fitnah.Dia terperanjat bila mak cik R menafikannya.Dia dengan sedih menyatakan yang dia tidak sihat dan baru pergi berjumpa doktor.Dia sakit kerana terdapat bengkak pada jantungnya.Doktor kata kalau dia buat operasi pun ,keputusannya 50:50.Jadi doktor enggan membedahnya.dia punya masa yang singkat untuk hidup.Mak cik R menasihatkannya supaya pergi berubat ke Darul Shifaq.Dalam hati mak cik tua tertanya-tanya kenapa tikus kubang ni mengatakan yang dia di fitnah.Sedangkan dia sendiri mengaku melakukan pembohongan tentang kewangan yang diterimanya.Sepatutnya dia minta maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya.sebaliknya menuduh mak cik tua dan rakan-rakan memfitnahkannya.Lagilah mak cik tua tak puas hati.Kalau dia minta maaf dan menyesal akan kesilapannya,mak cik tua dan kawan-kawan mungkin bersimpati dan memaafkannya.Macam mana Darul Shifaq boleh menolongnya kecuali dia bertaubat pada Allah atas kesalahan menipu dan menyeleweng kewangan parti dan persatuan yang didapatinya.oleh sebab mak cik R menafikan yang mak cik tua dan kawan-kawan tidak mengadu apa-apa pun ,dia senang hati. Pada hari esoknya bila dia berjumpa salah seorang dari kawan-kawan mak cik tua dia pun buatlah baik dan dia pun berceritalah tentang penyakitnya.Macam biasa kawan mak cik tua pun bersimpati kerana takut dia mati terkejut kerana penyakitnya itu.Kawan mak cik tua pun berpesan dengan mak cik tua jangan marah-marah tikus kubang yang saekor ni.Mak cik tua rasa tikus kubang ni takkan insaf kerana dia enggan mengaku tentang penipuannya.Dia hanya perlukan simpati bagi menutup kesalahannya,walaupun bukti -bukti penipuannya amat terang dan jelas. Secara peribadi mak cik tahu dari tiga ekor tikus kubang ini ,tikus yang mengadu dengan mak cik R ini yang akan menerima padah besar.Yang dua lagi dapat lepas dari jenayah penipuan ini.Ini kerana tikus yang saekor ini bodoh,bongkak dan berlagak.Akhirnya dia dapat pembalasan dari Allah.Dia bertambah sakit,tak boleh tidur malam jiwanya tak tenteram hingga sekarang ini. Begitu juga seekor lagi tikus kubang ini juga telah mendapat penyakit kronik mengikut berita yang di beritahu oleh kawan mak cik tua.Tikus kubang yang seekor lagi sebenarnya adalah mastermind yang merancang dan menggunakan dua ekor lagi tikus kubang yang bodoh dan dungu ini.mungkin dia belum menerima balasan.ALLAH itu MAHA kaya dan adil.Biarlah Allah yang menentukannya balasan yang setimpal untuknya.Jika maanusia tak pandai mengadilinya,ALLAH boleh.Sekian.

Thursday, March 1, 2012

Sambungan cerita tikus-tikus kubang.

Hari ni mak cik terima berita tentang tikus kubang yang mak cik ceritakan semalam.Bila kita buat salah kita tak beringat langsung yang kita tu bersalah.Dah lah kita hidup berpura-pura ,pergi masjid siang malam tapi tergamak menipu dan pecah amanah.Bila dah buat salah mula tak tidur malam.Dulu dok kata Mak cik tu tak betul ,mak cik ni tak betul.Tiba-tiba hari ni dengan muka tebal jumpa mak cik tua yang di caci-caci selama ni .p.ll.untuk mengadu.Bukan nak insaf malah buat fitnah lagi yang kononnya dia di fitnah oleh orang yang membongkar rahsia penipuan kewangan persatuan dan parti. Mak cik tua yang di panggil oleh tikus-tikus kubang sebagai nyanyuk ni pura-pura tak tahu tentang cerita dia ni.Bila mak cik tua yang bernama R ni kata tidak ada siapa pun mengadu dengannya tikus kubang ni pun percaya. Pelik betul bila kami bersemuka dengannya dulu dia tetap tak mengaku yang dia dan kawan-kawannya mrnipu.Sedangkan kami mak cik-mak cik tua ni dapat first hand information dari Dato' ketua kami.Tapi bila Ketua wanita kami kata " kita ni orang Islam semua dah pergi Mekah,dah keliling Kaabah tujuh kali.Duduk masjid siang malam.Tolong cakap telus-telus ,jangan nak menipu!!". Barulah dia mengaku.RM 20,000.00 yang didapati dari Dato' ketua kami tu dah lesap hanya tinggal RM 3,000.00 saje.Sewa yang sepatutnya di bayar untuk setahun hanya baru bayar RM3,000.00. Pilihanraya dah dekat.Kini saya dengar api dah nak kena potong.Kami nak mesyuarat dan nak buat program macam mana?Masih nak berdalih yang dia di fitnah lagi.Tiga tikus Kubang yang bermaharajalela terus dengan bongkaknya meneruskan operasi menipunya.Yang peliknya orang atas ni percaya dengan mereka.Walaumacammana pun kini Dato'ketuakami dah tahu.Khabarnya si tikus kubang ni dah hantar surat letak jawatan.Kita tunggu dan lihatlah nanti.Yang juga jadi tanda tanya bekas timbalan KSU juga sama menjadi tikus kubang .Macam manalah persatuan atau parti tak jadi sasaran orang ramai.Kita yang menaja parti dan persatuan sejak tahun 1978,segala program kita buat ,kita pakai duit sendiri.Tak pernah minta ganti pun.Mak cik-mak cik rua nilah yang jaga parti dan persatuan yang hidup sampai sekarang. Cukup masa tikus-tikus kubang yang baru jadi ahli tak sampai 6 bulan dah boleh menyapu 20,000.00 dengan sekelip mata.Apa hal? Masih nak kata dia di fitnah lagi? Fikir-fikirkan lah.Tak takut seksa kubur ke mereka ni semua?

Wednesday, February 29, 2012

Tikus Kubang.

Dalam kehidupan ini ,tak kira dimana kita berada ,baik di kampung atau di bandar ,kita akan menemui tikus -tikus kubang yang tak senang dengan kedamaian.Terutama mereka yang tak pernah glamour.Tikus-tikus kubang ini mempunyai motif peribadi yang besar.Mahukan glamour dan peluang mencari keuntungan peribadi dengan menipu orang ramai.Berlagak bagai orang kaya tapi se memangnya takde duit.Duduk masjid siang malam ,berlagak macam berilmu tapi ilmu yang di tunjuk adalah hasil usaha orang lain.Satu lagi jenis tikus kubang yang gila glamour dan mencari peluang nak buat business.juga berlagak pandai dengan mengarah orang yang bodoh untuk membuat kerja- untuknya.Kebanyakan mereka ini menyamar dalam persatuan -persatuan NGO yang tumbuh seperti cendawan dekat-dekat pilihan raya ini.Parti-parti politik tak boleh meminta bantuan kewangan.Mungkin takut penyalahan guna kuasa.Jadi mereka tubuhkan NGO.Kadangkala ketua NGO juga adalah juga pemegang jawatan dalam parti politik. Untuk memohon bantuan kewangan guna atas nama NGO.Sumber kewangan yang di dapati tidak di salurkan untuk tujuan asal bagi membuat program yang sepatutnya.Kadangkala,Ahli Jawatan kuasa tak tahu pun mengenai peruntukan yang telah di terima.Rata -rata tikus-tikus kubang ini mendabik dada konon segala aktiviti persatuan atau parti adalah dari poket mereka sendiri.Sedangkan ramai ahli yang tahu tikus-tikus kubang ini dah papa kena tipu oleh nurakankongsi perniagaannya.Tikus-tikus kubang ini yang diampu oleh rakan -rakan bekas pesara yang sememang mencari peluang mendapat sunber kewangan yang mudah.Ini tidak termasuk soal perangai jelik mereka yang dah tua ganyut cuba mengurat tikus -tikus betina yang tak sedar diri .Siapapun tak peduli kalau tikus-tikus ini guna duit mereka sendiri.Tapi bila menipu tanpa segan silu tu memang semua oran takkan senang hati.mereka ni tak takut mati ke.Kononnya tak mahu orang-orang tua lama.tapi dia lupa ke orang- orang tua-tua ni dah lama berjuang dengan setia dan banyak berjasa.Apakah tikus-tikus kubang ni muda ke.Malah dia lebih tua dari pengikut-pengikut parti atau persatuan yang setia ini.Mudahnya melupakan jasa pengundi yang berpuluh tahun menyokong parti.Baru masuk persatuan dan parti tak sampai empat bulan dah cetuskan skandal kewangan.Guna duit Persatuan dan parti untuk kegunaan peribadi.rata-rata bagitahu ahli-ahli konon serba serbi guna duit sendiri.Bak kata ketua saya dah pergi haji ,dah keliling Kaabah tujuh kali tapi sanggup berbohong .Tikus-tikus kubang ni tak takut mati ke ?.Itulah keadaannya sekarang ni.

Monday, February 27, 2012

Kehidupan

Sudah dua minggu mak cik tak menulis.Hati bukan main teringin untuk mencoretkan berbagai perkara yang berligar di benak kepala ini.perasaan dan kuderat tak membenarkan.Kehidupan terlalu mrncabar ketika ini.Pilihan raya dah dekat,jadi kesibukannya terserlah.Perkara yang nak di ceritakan amat banyak jadi,anak-anak tubggu lah masanya akan tiba,Tunggu ya akan mak cik khabarkan.Masa ni tak dapat sebab tak berapa sihat.Tadi baru pulang dari hospital.Bagusnya para doktor yang menjaga mak cik.Bertuah kamu Princecourt.Doktor-doktor kamu seperti Dr.Azlina dan suaminya,Dr.Balkeh dan Dr. Mohaya amat perihatin terhadap pesakit-pesakit mereka.Terima kasih wahai doktor-doktor ku.Allah sahaja yang memberkati kamu sekelian.Amin.

Sunday, February 12, 2012

Perginya Wanita yang Bernama Whitney Houston

Semasa Mak Cik membaca berita kematian Whitney Houston,Mak Cik rasa sebak dan sedih.Itulah nasib seorang wanita yang cantik,kaya dan di sanjung di seluruh dunia.Mak cik juga pernah mendengar cerita sedihnya semasa beliau di temu ramah oleh Oprah Whimphrey pada tahun lepas.Dia di besarkan dalam keluarga yang kuat berpegang ajaran agama.Perkahwinannya dengan Bobby Brown menambah merumitkan lagi kerjaya dan kehidupannya.Dia terlibat dalam kancah dadah yang teruk.Bobby Brown bukanlah seorang lelaki yang baik.Atas campur tangan ibunya dan Polis ,dia meninggalkan kediamannya bersama anak tunggalnya Kristina Brown. Masa itu Mak Cik bukan main seronok melihat Whitney cuba merperbaikki kehidupan dan kerjayanya yang kian hancur. Tiba-tiba seluruh dunia di kejutkan dengan kematianya semalam.Apa yang terjadi sebenaenya.Walau apa pun terjadi Mak Cik dapat merasakan kesedihan yang di alaminya.Whitney mungkin economically independence tapi dia tidak emotionally independent terhadap bobby brown ,suami yang kaki dadah dan kaki perempuan. Sebagai seorang perempuan ,Mak Cik hanya mampu bersimpati dengan nasibnya.Betapa Mak Cik yang tua ni amat merasakan Kehilangan idola yang amat di sayangi oleh peminat-peminatnya.

Thursday, February 9, 2012

Mak Cik Tua nyanyuk (sambungan)

Bertahun-tahunlah lamanya Mak Cik meneruskan khidmat Mak Cik dengan persatuan Mak Cik tu.Tiba-tiba pada suatu hari Boss Mak Cik di pejabat memanggil Mak Cik. kononya dia dapat surat komlen mengatakan Mak Cik sibuk berpersatuan. Mak Cik di beritahu ,Mak cik tak boleh pegang jawatan. Sebab Mak Cik ni dari kumpulan Division satu. Sedihnya lah MakCik teramat sangat.Macam orang tengah bercinta tiba-tiba di suruh putus,tak gila talaq di buatnya.Boss Mak Cik tak marah pun dia nasihat suruh Mak Cik berhati -hati.
Buat beberapa lama, Mak Cik buat dek aje.Mak Cik naik marah ,apa masalah mereka.Mak Cik nak berkhidmat dengan masyarakat sahaja.Mak Cik tak minta mereka sponsor aktiviti Mak Cik. Lama-lama barulah Mak Cik tahu mereka risau kalau Mak Cik dapat sesuatu dari
Pemimpin di atas.Masa tu Mak cik memang popular di seluruh Daerah dan Negeri.Hasilnya Mak Cik di kurniakan pingat PJK dan bintang AMS dari DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Mak Cik masih berdegil untuk meneruskan minat Mak Cik memimpin Persatuan.Setelah 15 tahun berkecimpung dengan Persatuan ,suatu hari sekali lagi Boss pejabat Mak Cik memanggil Mak Cik. Mak Cik diminta memberi tunjuk sebab kenapa Mak tidak boleh diberhentikan.
Mak Cik kena akur.Kalau Mak cik berhenti kerja ,macam mana Mak Cik nak biaya program persatuan Mak cik.Maka dengan sedih Mak cik pun meletakkan jawatan dan Mak Cik serahkan pada Naib ketua Mak Cik untuk meneruskan perjuangan.Dalam pada itu ,Mak Cik di tugaskan untuk menjadi Pengarah Negeri di Shah Alam.Tumpuan Mak Cik kini lebih kepada membangunkan industri kecil dan sederhana juga ushawan -usahawan.Kerja Mak Cik ketika itu amat menyeronokkan.Mak cik masih aktif dalam persatuan tapi di pringkat daerah dan negeri.
Bila kita terlalu minat berkhidmat ,kita akan menumpukan seluruh tenaga kepada kerja dan persatuan kita.Mungkin dalam kenghairahan kita
Untuk berkhidmat dalam persatuan dan tugas kita terlalu menonjol ,maka akan timbul usaha bagi mereka yang ada agenda tersendiri.
Mak Cik pun silap juga ,kita terlalu vokal kalau kita tengok ada perkara yang kita anggap salah dan tidak betul.
Setelah lebih kurang empat tahun berkhidmat Mak Cik. Di tugaskan semula di ibu pejabat.
(maaflah Mak Cik dah penat ni, kita sambung kemudian.)

cik -mak cik tua yang dah nyanyuk.

Mak Cik ni dulu,masa muda dilantiklah jadi ketua wanita satu persatuan.Mak Cik jadi ketua tu sejak tahun 1978.masa tu Mak Cik bekerja.Sambil bekerja sambil berpesatuan.maklumlah satu pengalaman baru.Masa tu Mak Cik belum kahwin lagi ,tidak pernah dapat peluang nak aktif di luar rumah kecuali masa bersekolah dulu. Maklumlah anak Polis.Bapak pulak tak di benarkan terlibat dalam politik. Masa tu kalau orang tanya siapa Tok Penghulu ke, Ketua Kampung ke, ditempat Mak Cik duduk tu, haram Mak Cik tahu.Tapi bila Mak Cik masuk Persatuan baru ni dan Mak Cik jadi ketua pertama ,bukan main excited lagi Mak Cik.
Mak Cik pun belajarlah buat program untuk persatuan. Tidak ada sapa bagi duit pun,Mak Cik sukarela guna duit Mak Cik.Tahun demi tahun Mak cik teruskan minat Mak cik dengan memajukan Persatuan,dengan sokongan penuh suami.Seronoknya Mak Cik berpesatuan,mak cik peruntukan dari gaji mak cik RM 5,000.00 setahun untuk aktiviti persatuan.

Macam-macam program mak cik buat,maka bertambah ramailah ahli-ahli terutama wanita.Setiap kali mesyuarat,Ahli-ahli persatuan Mak Cik yang datang tak kurang dari 300 orang. Masa tu takde dewan pun,Mak Cik sewa khemah.Bila hujan , berenanglah kuih-kuih apam,karipap ,kasui atas meja.tetamu dan ahli-ahli yang datang bergerak.Tunggu sampai mesyuarat habis.
Program kita buat meliputi program memasak untuk wanita,sukan untuk pemuda, lawatan untuk semua ahli, Mak cik juga adakan kursus menjahit untuk ahli-ahli wanita yang tidak bekerja.Mak cik sponsor setiap 6 bulan 6orang wanita ahli-ahli makcik untuk pergi belajar menjahit pakaian ,menyualm untuk mereka tambah pendapatan. mak cik beli 6 biji mesen jahit Singer untuk du gunakan untuk mereka belajar.Mak cik juga buka memasak untuk ahli- ahli yang berminat . Oleh sebab mak cik bekerja mak cik tak minta sponsor sesiapa pun untuk buat program

Ahli-ahli pun seronok ,mak cik lagi seronok.Pemimpin- pemimpin peringkat. Deerah dan negeri pun mentik mak cik jadi wakil daerah dan negeri.Boss mak cik di peringkat negeri seorang Menteri. Masa tulah baru makcik ambil peluang bminta dewan(sebab bila hujan kuih - kuih berenang).Semua permintaan untuk kepentingan masyarakat di lulluskan.taman makcik tu ada dewan,masjid,Dewan kecil,dewan besar untuk kegunaan ramai,surau kecil,masjid ,sekolah rendah ,sekolah menebgah,tanah kubur ,gerai makan dan lain-lain..

(oh penatnya.......MAK CIK SAMBUNG KEMUDIAN LAH YA)