Friday, March 9, 2012

Kesedihan Seorang Wanita.

Pada satu ketika dulu anak-anak mak cik di jaga oleh ibu dan bapa mak cik.Sebagai anak yang tua yang di harap-harapkan untuk memberikan cucu pertama pada mereka .Malangnya hajat itu tidak dapat di sempurnakan oleh mak cik.Selama tujuh tahun mak cik berkahwin ,mak cik asyik keguguran sahaja.Kata doktor mak cik ni mempunyai rahim yang lemah.Dah berpuluh- puluh doktor yang merawat mak cik,tak juga dapat anak.Berpuluh-puluh pula bidan yang ibu mak cik bawa dengan harapan untuk dapat anak. Pandangan masyarakat terutama di kampung terhadap orang tak punya zuriat macam mak cik agak rendah.Seolah-olah macam mak cik ni cacat.Adik ipar mak cik yang kawin kemudian pun dah dapat anak.Mak cik ingat lagi betapa megahnya mereka di kala itu .mak cik tak lupa dengan pandangan serong mereka itu.Hinggakan mak merayu dengan suami mak cik supaya ceraikan mak cik ketika mak cik masih muda ini.mak cik fikir jika berpisah ketika itu,kalau tak ada anak lagi mudah.tapi suami mak cik kata ,mak cik ni gila.Dia sendiri pun tak sibuk .Dia tak pernah minta supaya mak cik cepat beranak. Kalau kami ke rumah kawan-kawan ,masalah yang sama akan timbul.Ada seorang kawan dengan kuat dan lantang menegur suami mak cik, "Eh! Mail, tanah kau ni tak suburlah ,tengok aku dah berderet-deret anak aku,aku ingat kau kena cari tanah baru yang lebih subur!".Masa itu suami mak cik bekerja di Jabatan Kerjaraya.Mak cik punya bodohnya masa itu ,mak cik hanya mendiamkan diri aje.Sedihnya Allah saje yang tahu.Waktu balik rumah mak bergaduh dengan suami.Mak cik benar minta di ceraikan.Masa tu mak cik baru berusia 25 tahun. Sewaktu mak cik bekerja di Mida, mak cik sebilik dengan bekas Ketua Pengarah Mida Dato'Khaziah Abdul Kadir .Dia menceritakan kisah mak cik yang tak boleh beranak ni pada arwah kakak iparnya ketika itu Puan Marina seorang wanita Autrallia .Dia berkahwin dengan abang ipar Dato' Khaziah,iaitu Dato'Prof. Khairuddin Yusuf dari Universiti Hospital.Mak Cik malu nak pergi jumpa orang besar - besar ni . Suatu hari mak cik dapat telefon dari Puan Marina yang dia telah buatkan appointment untuk mak cik jumpa suaminya.Supaya mak cik tahu apa masalah mak cik yang tak boleh mrngandung selama tujuh tahun.Mak cik mengalami 5 keguguran. Dato' Dr.Khairuddin yang baik hati ni berilah mak cik pil subur dan buatlah operasi kecil laposkopik,untuk tengok saluran peranakan yang tersumbat atau tersekat.Mak cik di injek setiap minggu selama setahun sebaik saja period mak cik lewat.Bermacam -macam ujian dilakukan . Disamping itu mak cik dan suami tak lupa berdoa kepada Allah.Akhirnya, pada 4Mei,1976 lahir cahaya mata pertama mak cik Seorang anak lelaki bernama Ahmad Khairuddin, sempena nama Dato' Professor Dr. Khairuddin.Yang menyedihkan mak cik ,Puan Marina ,isteri Prof. Yang baik hati itu kemudian meninggal dunia kerana sakit cancer.Mak cik berdoa agar Allah memberi rahmat dan keberkatan kepadanya ,semoga beliau di tempatkan di kalangan orang beriman. Kedatangan Anak pertama mak cik sungguh menggembirakan kehidupan mak cik. Mak cik ingat lagi ketika mak cik mengandung ,mak cik suruh suami mak cik pergi ke pejabat nya untuk tunjuk dengan kawannya yang kurang asam itu yang mengatakan mak cik ni tak subur. Kadangkala kita sesama maanusia tidak perihatin akan perasaan orang lain.Tujuh tahun menunggu kehadiran seorang cahaya mata itu adalah satu penyiksaan bagi seorang wanita.Mak cik amat berterima kasih kepada Dato Prof. Dr. Khairuddin ,Dato' Khaziah Abdul Kadir ,Arwah Puan Marina atas segala budi mereka terhadap mak cik dan suami serta keluarga.Semoga Allah merahmati dan memberkati budi baik anda sekelian.Alfatihah untuk Arwah Puan Marina.

Saturday, March 3, 2012

Tikus kubang ( Episod Terakhir)

Semalam mak cik R bercerita dengan mak cik tua, katanya,salah seorang daripada tikus kubang datang kerumahnya semalam. Tikus kubangb ini cuba mendapatkan info samada mak cik tua dan kawan-kawan ada bercerita mengenai penipuan yang telah di lakukannyatempoh hari. Dia juga memberitahu mak cik R supaya jangan percaya pada mak cik tua dan kawan- kawan kerana semua itu adalah fitnah.Dia terperanjat bila mak cik R menafikannya.Dia dengan sedih menyatakan yang dia tidak sihat dan baru pergi berjumpa doktor.Dia sakit kerana terdapat bengkak pada jantungnya.Doktor kata kalau dia buat operasi pun ,keputusannya 50:50.Jadi doktor enggan membedahnya.dia punya masa yang singkat untuk hidup.Mak cik R menasihatkannya supaya pergi berubat ke Darul Shifaq.Dalam hati mak cik tua tertanya-tanya kenapa tikus kubang ni mengatakan yang dia di fitnah.Sedangkan dia sendiri mengaku melakukan pembohongan tentang kewangan yang diterimanya.Sepatutnya dia minta maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya.sebaliknya menuduh mak cik tua dan rakan-rakan memfitnahkannya.Lagilah mak cik tua tak puas hati.Kalau dia minta maaf dan menyesal akan kesilapannya,mak cik tua dan kawan-kawan mungkin bersimpati dan memaafkannya.Macam mana Darul Shifaq boleh menolongnya kecuali dia bertaubat pada Allah atas kesalahan menipu dan menyeleweng kewangan parti dan persatuan yang didapatinya.oleh sebab mak cik R menafikan yang mak cik tua dan kawan-kawan tidak mengadu apa-apa pun ,dia senang hati. Pada hari esoknya bila dia berjumpa salah seorang dari kawan-kawan mak cik tua dia pun buatlah baik dan dia pun berceritalah tentang penyakitnya.Macam biasa kawan mak cik tua pun bersimpati kerana takut dia mati terkejut kerana penyakitnya itu.Kawan mak cik tua pun berpesan dengan mak cik tua jangan marah-marah tikus kubang yang saekor ni.Mak cik tua rasa tikus kubang ni takkan insaf kerana dia enggan mengaku tentang penipuannya.Dia hanya perlukan simpati bagi menutup kesalahannya,walaupun bukti -bukti penipuannya amat terang dan jelas. Secara peribadi mak cik tahu dari tiga ekor tikus kubang ini ,tikus yang mengadu dengan mak cik R ini yang akan menerima padah besar.Yang dua lagi dapat lepas dari jenayah penipuan ini.Ini kerana tikus yang saekor ini bodoh,bongkak dan berlagak.Akhirnya dia dapat pembalasan dari Allah.Dia bertambah sakit,tak boleh tidur malam jiwanya tak tenteram hingga sekarang ini. Begitu juga seekor lagi tikus kubang ini juga telah mendapat penyakit kronik mengikut berita yang di beritahu oleh kawan mak cik tua.Tikus kubang yang seekor lagi sebenarnya adalah mastermind yang merancang dan menggunakan dua ekor lagi tikus kubang yang bodoh dan dungu ini.mungkin dia belum menerima balasan.ALLAH itu MAHA kaya dan adil.Biarlah Allah yang menentukannya balasan yang setimpal untuknya.Jika maanusia tak pandai mengadilinya,ALLAH boleh.Sekian.

Thursday, March 1, 2012

Sambungan cerita tikus-tikus kubang.

Hari ni mak cik terima berita tentang tikus kubang yang mak cik ceritakan semalam.Bila kita buat salah kita tak beringat langsung yang kita tu bersalah.Dah lah kita hidup berpura-pura ,pergi masjid siang malam tapi tergamak menipu dan pecah amanah.Bila dah buat salah mula tak tidur malam.Dulu dok kata Mak cik tu tak betul ,mak cik ni tak betul.Tiba-tiba hari ni dengan muka tebal jumpa mak cik tua yang di caci-caci selama ni .p.ll.untuk mengadu.Bukan nak insaf malah buat fitnah lagi yang kononnya dia di fitnah oleh orang yang membongkar rahsia penipuan kewangan persatuan dan parti. Mak cik tua yang di panggil oleh tikus-tikus kubang sebagai nyanyuk ni pura-pura tak tahu tentang cerita dia ni.Bila mak cik tua yang bernama R ni kata tidak ada siapa pun mengadu dengannya tikus kubang ni pun percaya. Pelik betul bila kami bersemuka dengannya dulu dia tetap tak mengaku yang dia dan kawan-kawannya mrnipu.Sedangkan kami mak cik-mak cik tua ni dapat first hand information dari Dato' ketua kami.Tapi bila Ketua wanita kami kata " kita ni orang Islam semua dah pergi Mekah,dah keliling Kaabah tujuh kali.Duduk masjid siang malam.Tolong cakap telus-telus ,jangan nak menipu!!". Barulah dia mengaku.RM 20,000.00 yang didapati dari Dato' ketua kami tu dah lesap hanya tinggal RM 3,000.00 saje.Sewa yang sepatutnya di bayar untuk setahun hanya baru bayar RM3,000.00. Pilihanraya dah dekat.Kini saya dengar api dah nak kena potong.Kami nak mesyuarat dan nak buat program macam mana?Masih nak berdalih yang dia di fitnah lagi.Tiga tikus Kubang yang bermaharajalela terus dengan bongkaknya meneruskan operasi menipunya.Yang peliknya orang atas ni percaya dengan mereka.Walaumacammana pun kini Dato'ketuakami dah tahu.Khabarnya si tikus kubang ni dah hantar surat letak jawatan.Kita tunggu dan lihatlah nanti.Yang juga jadi tanda tanya bekas timbalan KSU juga sama menjadi tikus kubang .Macam manalah persatuan atau parti tak jadi sasaran orang ramai.Kita yang menaja parti dan persatuan sejak tahun 1978,segala program kita buat ,kita pakai duit sendiri.Tak pernah minta ganti pun.Mak cik-mak cik rua nilah yang jaga parti dan persatuan yang hidup sampai sekarang. Cukup masa tikus-tikus kubang yang baru jadi ahli tak sampai 6 bulan dah boleh menyapu 20,000.00 dengan sekelip mata.Apa hal? Masih nak kata dia di fitnah lagi? Fikir-fikirkan lah.Tak takut seksa kubur ke mereka ni semua?