Wednesday, February 29, 2012

Tikus Kubang.

Dalam kehidupan ini ,tak kira dimana kita berada ,baik di kampung atau di bandar ,kita akan menemui tikus -tikus kubang yang tak senang dengan kedamaian.Terutama mereka yang tak pernah glamour.Tikus-tikus kubang ini mempunyai motif peribadi yang besar.Mahukan glamour dan peluang mencari keuntungan peribadi dengan menipu orang ramai.Berlagak bagai orang kaya tapi se memangnya takde duit.Duduk masjid siang malam ,berlagak macam berilmu tapi ilmu yang di tunjuk adalah hasil usaha orang lain.Satu lagi jenis tikus kubang yang gila glamour dan mencari peluang nak buat business.juga berlagak pandai dengan mengarah orang yang bodoh untuk membuat kerja- untuknya.Kebanyakan mereka ini menyamar dalam persatuan -persatuan NGO yang tumbuh seperti cendawan dekat-dekat pilihan raya ini.Parti-parti politik tak boleh meminta bantuan kewangan.Mungkin takut penyalahan guna kuasa.Jadi mereka tubuhkan NGO.Kadangkala ketua NGO juga adalah juga pemegang jawatan dalam parti politik. Untuk memohon bantuan kewangan guna atas nama NGO.Sumber kewangan yang di dapati tidak di salurkan untuk tujuan asal bagi membuat program yang sepatutnya.Kadangkala,Ahli Jawatan kuasa tak tahu pun mengenai peruntukan yang telah di terima.Rata -rata tikus-tikus kubang ini mendabik dada konon segala aktiviti persatuan atau parti adalah dari poket mereka sendiri.Sedangkan ramai ahli yang tahu tikus-tikus kubang ini dah papa kena tipu oleh nurakankongsi perniagaannya.Tikus-tikus kubang ini yang diampu oleh rakan -rakan bekas pesara yang sememang mencari peluang mendapat sunber kewangan yang mudah.Ini tidak termasuk soal perangai jelik mereka yang dah tua ganyut cuba mengurat tikus -tikus betina yang tak sedar diri .Siapapun tak peduli kalau tikus-tikus ini guna duit mereka sendiri.Tapi bila menipu tanpa segan silu tu memang semua oran takkan senang hati.mereka ni tak takut mati ke.Kononnya tak mahu orang-orang tua lama.tapi dia lupa ke orang- orang tua-tua ni dah lama berjuang dengan setia dan banyak berjasa.Apakah tikus-tikus kubang ni muda ke.Malah dia lebih tua dari pengikut-pengikut parti atau persatuan yang setia ini.Mudahnya melupakan jasa pengundi yang berpuluh tahun menyokong parti.Baru masuk persatuan dan parti tak sampai empat bulan dah cetuskan skandal kewangan.Guna duit Persatuan dan parti untuk kegunaan peribadi.rata-rata bagitahu ahli-ahli konon serba serbi guna duit sendiri.Bak kata ketua saya dah pergi haji ,dah keliling Kaabah tujuh kali tapi sanggup berbohong .Tikus-tikus kubang ni tak takut mati ke ?.Itulah keadaannya sekarang ni.

Monday, February 27, 2012

Kehidupan

Sudah dua minggu mak cik tak menulis.Hati bukan main teringin untuk mencoretkan berbagai perkara yang berligar di benak kepala ini.perasaan dan kuderat tak membenarkan.Kehidupan terlalu mrncabar ketika ini.Pilihan raya dah dekat,jadi kesibukannya terserlah.Perkara yang nak di ceritakan amat banyak jadi,anak-anak tubggu lah masanya akan tiba,Tunggu ya akan mak cik khabarkan.Masa ni tak dapat sebab tak berapa sihat.Tadi baru pulang dari hospital.Bagusnya para doktor yang menjaga mak cik.Bertuah kamu Princecourt.Doktor-doktor kamu seperti Dr.Azlina dan suaminya,Dr.Balkeh dan Dr. Mohaya amat perihatin terhadap pesakit-pesakit mereka.Terima kasih wahai doktor-doktor ku.Allah sahaja yang memberkati kamu sekelian.Amin.

Sunday, February 12, 2012

Perginya Wanita yang Bernama Whitney Houston

Semasa Mak Cik membaca berita kematian Whitney Houston,Mak Cik rasa sebak dan sedih.Itulah nasib seorang wanita yang cantik,kaya dan di sanjung di seluruh dunia.Mak cik juga pernah mendengar cerita sedihnya semasa beliau di temu ramah oleh Oprah Whimphrey pada tahun lepas.Dia di besarkan dalam keluarga yang kuat berpegang ajaran agama.Perkahwinannya dengan Bobby Brown menambah merumitkan lagi kerjaya dan kehidupannya.Dia terlibat dalam kancah dadah yang teruk.Bobby Brown bukanlah seorang lelaki yang baik.Atas campur tangan ibunya dan Polis ,dia meninggalkan kediamannya bersama anak tunggalnya Kristina Brown. Masa itu Mak Cik bukan main seronok melihat Whitney cuba merperbaikki kehidupan dan kerjayanya yang kian hancur. Tiba-tiba seluruh dunia di kejutkan dengan kematianya semalam.Apa yang terjadi sebenaenya.Walau apa pun terjadi Mak Cik dapat merasakan kesedihan yang di alaminya.Whitney mungkin economically independence tapi dia tidak emotionally independent terhadap bobby brown ,suami yang kaki dadah dan kaki perempuan. Sebagai seorang perempuan ,Mak Cik hanya mampu bersimpati dengan nasibnya.Betapa Mak Cik yang tua ni amat merasakan Kehilangan idola yang amat di sayangi oleh peminat-peminatnya.

Thursday, February 9, 2012

Mak Cik Tua nyanyuk (sambungan)

Bertahun-tahunlah lamanya Mak Cik meneruskan khidmat Mak Cik dengan persatuan Mak Cik tu.Tiba-tiba pada suatu hari Boss Mak Cik di pejabat memanggil Mak Cik. kononya dia dapat surat komlen mengatakan Mak Cik sibuk berpersatuan. Mak Cik di beritahu ,Mak cik tak boleh pegang jawatan. Sebab Mak Cik ni dari kumpulan Division satu. Sedihnya lah MakCik teramat sangat.Macam orang tengah bercinta tiba-tiba di suruh putus,tak gila talaq di buatnya.Boss Mak Cik tak marah pun dia nasihat suruh Mak Cik berhati -hati.
Buat beberapa lama, Mak Cik buat dek aje.Mak Cik naik marah ,apa masalah mereka.Mak Cik nak berkhidmat dengan masyarakat sahaja.Mak Cik tak minta mereka sponsor aktiviti Mak Cik. Lama-lama barulah Mak Cik tahu mereka risau kalau Mak Cik dapat sesuatu dari
Pemimpin di atas.Masa tu Mak cik memang popular di seluruh Daerah dan Negeri.Hasilnya Mak Cik di kurniakan pingat PJK dan bintang AMS dari DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Mak Cik masih berdegil untuk meneruskan minat Mak Cik memimpin Persatuan.Setelah 15 tahun berkecimpung dengan Persatuan ,suatu hari sekali lagi Boss pejabat Mak Cik memanggil Mak Cik. Mak Cik diminta memberi tunjuk sebab kenapa Mak tidak boleh diberhentikan.
Mak Cik kena akur.Kalau Mak cik berhenti kerja ,macam mana Mak Cik nak biaya program persatuan Mak cik.Maka dengan sedih Mak cik pun meletakkan jawatan dan Mak Cik serahkan pada Naib ketua Mak Cik untuk meneruskan perjuangan.Dalam pada itu ,Mak Cik di tugaskan untuk menjadi Pengarah Negeri di Shah Alam.Tumpuan Mak Cik kini lebih kepada membangunkan industri kecil dan sederhana juga ushawan -usahawan.Kerja Mak Cik ketika itu amat menyeronokkan.Mak cik masih aktif dalam persatuan tapi di pringkat daerah dan negeri.
Bila kita terlalu minat berkhidmat ,kita akan menumpukan seluruh tenaga kepada kerja dan persatuan kita.Mungkin dalam kenghairahan kita
Untuk berkhidmat dalam persatuan dan tugas kita terlalu menonjol ,maka akan timbul usaha bagi mereka yang ada agenda tersendiri.
Mak Cik pun silap juga ,kita terlalu vokal kalau kita tengok ada perkara yang kita anggap salah dan tidak betul.
Setelah lebih kurang empat tahun berkhidmat Mak Cik. Di tugaskan semula di ibu pejabat.
(maaflah Mak Cik dah penat ni, kita sambung kemudian.)

cik -mak cik tua yang dah nyanyuk.

Mak Cik ni dulu,masa muda dilantiklah jadi ketua wanita satu persatuan.Mak Cik jadi ketua tu sejak tahun 1978.masa tu Mak Cik bekerja.Sambil bekerja sambil berpesatuan.maklumlah satu pengalaman baru.Masa tu Mak Cik belum kahwin lagi ,tidak pernah dapat peluang nak aktif di luar rumah kecuali masa bersekolah dulu. Maklumlah anak Polis.Bapak pulak tak di benarkan terlibat dalam politik. Masa tu kalau orang tanya siapa Tok Penghulu ke, Ketua Kampung ke, ditempat Mak Cik duduk tu, haram Mak Cik tahu.Tapi bila Mak Cik masuk Persatuan baru ni dan Mak Cik jadi ketua pertama ,bukan main excited lagi Mak Cik.
Mak Cik pun belajarlah buat program untuk persatuan. Tidak ada sapa bagi duit pun,Mak Cik sukarela guna duit Mak Cik.Tahun demi tahun Mak cik teruskan minat Mak cik dengan memajukan Persatuan,dengan sokongan penuh suami.Seronoknya Mak Cik berpesatuan,mak cik peruntukan dari gaji mak cik RM 5,000.00 setahun untuk aktiviti persatuan.

Macam-macam program mak cik buat,maka bertambah ramailah ahli-ahli terutama wanita.Setiap kali mesyuarat,Ahli-ahli persatuan Mak Cik yang datang tak kurang dari 300 orang. Masa tu takde dewan pun,Mak Cik sewa khemah.Bila hujan , berenanglah kuih-kuih apam,karipap ,kasui atas meja.tetamu dan ahli-ahli yang datang bergerak.Tunggu sampai mesyuarat habis.
Program kita buat meliputi program memasak untuk wanita,sukan untuk pemuda, lawatan untuk semua ahli, Mak cik juga adakan kursus menjahit untuk ahli-ahli wanita yang tidak bekerja.Mak cik sponsor setiap 6 bulan 6orang wanita ahli-ahli makcik untuk pergi belajar menjahit pakaian ,menyualm untuk mereka tambah pendapatan. mak cik beli 6 biji mesen jahit Singer untuk du gunakan untuk mereka belajar.Mak cik juga buka memasak untuk ahli- ahli yang berminat . Oleh sebab mak cik bekerja mak cik tak minta sponsor sesiapa pun untuk buat program

Ahli-ahli pun seronok ,mak cik lagi seronok.Pemimpin- pemimpin peringkat. Deerah dan negeri pun mentik mak cik jadi wakil daerah dan negeri.Boss mak cik di peringkat negeri seorang Menteri. Masa tulah baru makcik ambil peluang bminta dewan(sebab bila hujan kuih - kuih berenang).Semua permintaan untuk kepentingan masyarakat di lulluskan.taman makcik tu ada dewan,masjid,Dewan kecil,dewan besar untuk kegunaan ramai,surau kecil,masjid ,sekolah rendah ,sekolah menebgah,tanah kubur ,gerai makan dan lain-lain..

(oh penatnya.......MAK CIK SAMBUNG KEMUDIAN LAH YA)