Mak Cik ni dulu,masa muda dilantiklah jadi ketua wanita satu persatuan.Mak Cik jadi ketua tu sejak tahun 1978.masa tu Mak Cik bekerja.Sambil bekerja sambil berpesatuan.maklumlah satu pengalaman baru.Masa tu Mak Cik belum kahwin lagi ,tidak pernah dapat peluang nak aktif di luar rumah kecuali masa bersekolah dulu. Maklumlah anak Polis.Bapak pulak tak di benarkan terlibat dalam politik. Masa tu kalau orang tanya siapa Tok Penghulu ke, Ketua Kampung ke, ditempat Mak Cik duduk tu, haram Mak Cik tahu.Tapi bila Mak Cik masuk Persatuan baru ni dan Mak Cik jadi ketua pertama ,bukan main excited lagi Mak Cik.
Mak Cik pun belajarlah buat program untuk persatuan. Tidak ada sapa bagi duit pun,Mak Cik sukarela guna duit Mak Cik.Tahun demi tahun Mak cik teruskan minat Mak cik dengan memajukan Persatuan,dengan sokongan penuh suami.Seronoknya Mak Cik berpesatuan,mak cik peruntukan dari gaji mak cik RM 5,000.00 setahun untuk aktiviti persatuan.
Macam-macam program mak cik buat,maka bertambah ramailah ahli-ahli terutama wanita.Setiap kali mesyuarat,Ahli-ahli persatuan Mak Cik yang datang tak kurang dari 300 orang. Masa tu takde dewan pun,Mak Cik sewa khemah.Bila hujan , berenanglah kuih-kuih apam,karipap ,kasui atas meja.tetamu dan ahli-ahli yang datang bergerak.Tunggu sampai mesyuarat habis.
Program kita buat meliputi program memasak untuk wanita,sukan untuk pemuda, lawatan untuk semua ahli, Mak cik juga adakan kursus menjahit untuk ahli-ahli wanita yang tidak bekerja.Mak cik sponsor setiap 6 bulan 6orang wanita ahli-ahli makcik untuk pergi belajar menjahit pakaian ,menyualm untuk mereka tambah pendapatan. mak cik beli 6 biji mesen jahit Singer untuk du gunakan untuk mereka belajar.Mak cik juga buka memasak untuk ahli- ahli yang berminat . Oleh sebab mak cik bekerja mak cik tak minta sponsor sesiapa pun untuk buat program
Ahli-ahli pun seronok ,mak cik lagi seronok.Pemimpin- pemimpin peringkat. Deerah dan negeri pun mentik mak cik jadi wakil daerah dan negeri.Boss mak cik di peringkat negeri seorang Menteri. Masa tulah baru makcik ambil peluang bminta dewan(sebab bila hujan kuih - kuih berenang).Semua permintaan untuk kepentingan masyarakat di lulluskan.taman makcik tu ada dewan,masjid,Dewan kecil,dewan besar untuk kegunaan ramai,surau kecil,masjid ,sekolah rendah ,sekolah menebgah,tanah kubur ,gerai makan dan lain-lain..
(oh penatnya.......MAK CIK SAMBUNG KEMUDIAN LAH YA)
Thursday, February 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment