Sunday, February 12, 2012
Perginya Wanita yang Bernama Whitney Houston
Semasa Mak Cik membaca berita kematian Whitney Houston,Mak Cik rasa sebak dan sedih.Itulah nasib seorang wanita yang cantik,kaya dan di sanjung di seluruh dunia.Mak cik juga pernah mendengar cerita sedihnya semasa beliau di temu ramah oleh Oprah Whimphrey pada tahun lepas.Dia di besarkan dalam keluarga yang kuat berpegang ajaran agama.Perkahwinannya dengan Bobby Brown menambah merumitkan lagi kerjaya dan kehidupannya.Dia terlibat dalam kancah dadah yang teruk.Bobby Brown bukanlah seorang lelaki yang baik.Atas campur tangan ibunya dan Polis ,dia meninggalkan kediamannya bersama anak tunggalnya Kristina Brown.
Masa itu Mak Cik bukan main seronok melihat Whitney cuba merperbaikki kehidupan dan kerjayanya yang kian hancur.
Tiba-tiba seluruh dunia di kejutkan dengan kematianya semalam.Apa yang terjadi sebenaenya.Walau apa pun terjadi Mak Cik dapat merasakan kesedihan yang di alaminya.Whitney mungkin economically independence tapi dia tidak emotionally independent terhadap bobby brown ,suami yang kaki dadah dan kaki perempuan.
Sebagai seorang perempuan ,Mak Cik hanya mampu bersimpati dengan nasibnya.Betapa Mak Cik yang tua ni amat merasakan
Kehilangan idola yang amat di sayangi oleh peminat-peminatnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment