Thursday, February 9, 2012

Mak Cik Tua nyanyuk (sambungan)

Bertahun-tahunlah lamanya Mak Cik meneruskan khidmat Mak Cik dengan persatuan Mak Cik tu.Tiba-tiba pada suatu hari Boss Mak Cik di pejabat memanggil Mak Cik. kononya dia dapat surat komlen mengatakan Mak Cik sibuk berpersatuan. Mak Cik di beritahu ,Mak cik tak boleh pegang jawatan. Sebab Mak Cik ni dari kumpulan Division satu. Sedihnya lah MakCik teramat sangat.Macam orang tengah bercinta tiba-tiba di suruh putus,tak gila talaq di buatnya.Boss Mak Cik tak marah pun dia nasihat suruh Mak Cik berhati -hati.
Buat beberapa lama, Mak Cik buat dek aje.Mak Cik naik marah ,apa masalah mereka.Mak Cik nak berkhidmat dengan masyarakat sahaja.Mak Cik tak minta mereka sponsor aktiviti Mak Cik. Lama-lama barulah Mak Cik tahu mereka risau kalau Mak Cik dapat sesuatu dari
Pemimpin di atas.Masa tu Mak cik memang popular di seluruh Daerah dan Negeri.Hasilnya Mak Cik di kurniakan pingat PJK dan bintang AMS dari DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Mak Cik masih berdegil untuk meneruskan minat Mak Cik memimpin Persatuan.Setelah 15 tahun berkecimpung dengan Persatuan ,suatu hari sekali lagi Boss pejabat Mak Cik memanggil Mak Cik. Mak Cik diminta memberi tunjuk sebab kenapa Mak tidak boleh diberhentikan.
Mak Cik kena akur.Kalau Mak cik berhenti kerja ,macam mana Mak Cik nak biaya program persatuan Mak cik.Maka dengan sedih Mak cik pun meletakkan jawatan dan Mak Cik serahkan pada Naib ketua Mak Cik untuk meneruskan perjuangan.Dalam pada itu ,Mak Cik di tugaskan untuk menjadi Pengarah Negeri di Shah Alam.Tumpuan Mak Cik kini lebih kepada membangunkan industri kecil dan sederhana juga ushawan -usahawan.Kerja Mak Cik ketika itu amat menyeronokkan.Mak cik masih aktif dalam persatuan tapi di pringkat daerah dan negeri.
Bila kita terlalu minat berkhidmat ,kita akan menumpukan seluruh tenaga kepada kerja dan persatuan kita.Mungkin dalam kenghairahan kita
Untuk berkhidmat dalam persatuan dan tugas kita terlalu menonjol ,maka akan timbul usaha bagi mereka yang ada agenda tersendiri.
Mak Cik pun silap juga ,kita terlalu vokal kalau kita tengok ada perkara yang kita anggap salah dan tidak betul.
Setelah lebih kurang empat tahun berkhidmat Mak Cik. Di tugaskan semula di ibu pejabat.
(maaflah Mak Cik dah penat ni, kita sambung kemudian.)

No comments:

Post a Comment