Wednesday, February 29, 2012

Tikus Kubang.

Dalam kehidupan ini ,tak kira dimana kita berada ,baik di kampung atau di bandar ,kita akan menemui tikus -tikus kubang yang tak senang dengan kedamaian.Terutama mereka yang tak pernah glamour.Tikus-tikus kubang ini mempunyai motif peribadi yang besar.Mahukan glamour dan peluang mencari keuntungan peribadi dengan menipu orang ramai.Berlagak bagai orang kaya tapi se memangnya takde duit.Duduk masjid siang malam ,berlagak macam berilmu tapi ilmu yang di tunjuk adalah hasil usaha orang lain.Satu lagi jenis tikus kubang yang gila glamour dan mencari peluang nak buat business.juga berlagak pandai dengan mengarah orang yang bodoh untuk membuat kerja- untuknya.Kebanyakan mereka ini menyamar dalam persatuan -persatuan NGO yang tumbuh seperti cendawan dekat-dekat pilihan raya ini.Parti-parti politik tak boleh meminta bantuan kewangan.Mungkin takut penyalahan guna kuasa.Jadi mereka tubuhkan NGO.Kadangkala ketua NGO juga adalah juga pemegang jawatan dalam parti politik. Untuk memohon bantuan kewangan guna atas nama NGO.Sumber kewangan yang di dapati tidak di salurkan untuk tujuan asal bagi membuat program yang sepatutnya.Kadangkala,Ahli Jawatan kuasa tak tahu pun mengenai peruntukan yang telah di terima.Rata -rata tikus-tikus kubang ini mendabik dada konon segala aktiviti persatuan atau parti adalah dari poket mereka sendiri.Sedangkan ramai ahli yang tahu tikus-tikus kubang ini dah papa kena tipu oleh nurakankongsi perniagaannya.Tikus-tikus kubang ini yang diampu oleh rakan -rakan bekas pesara yang sememang mencari peluang mendapat sunber kewangan yang mudah.Ini tidak termasuk soal perangai jelik mereka yang dah tua ganyut cuba mengurat tikus -tikus betina yang tak sedar diri .Siapapun tak peduli kalau tikus-tikus ini guna duit mereka sendiri.Tapi bila menipu tanpa segan silu tu memang semua oran takkan senang hati.mereka ni tak takut mati ke.Kononnya tak mahu orang-orang tua lama.tapi dia lupa ke orang- orang tua-tua ni dah lama berjuang dengan setia dan banyak berjasa.Apakah tikus-tikus kubang ni muda ke.Malah dia lebih tua dari pengikut-pengikut parti atau persatuan yang setia ini.Mudahnya melupakan jasa pengundi yang berpuluh tahun menyokong parti.Baru masuk persatuan dan parti tak sampai empat bulan dah cetuskan skandal kewangan.Guna duit Persatuan dan parti untuk kegunaan peribadi.rata-rata bagitahu ahli-ahli konon serba serbi guna duit sendiri.Bak kata ketua saya dah pergi haji ,dah keliling Kaabah tujuh kali tapi sanggup berbohong .Tikus-tikus kubang ni tak takut mati ke ?.Itulah keadaannya sekarang ni.

No comments:

Post a Comment