Thursday, March 1, 2012

Sambungan cerita tikus-tikus kubang.

Hari ni mak cik terima berita tentang tikus kubang yang mak cik ceritakan semalam.Bila kita buat salah kita tak beringat langsung yang kita tu bersalah.Dah lah kita hidup berpura-pura ,pergi masjid siang malam tapi tergamak menipu dan pecah amanah.Bila dah buat salah mula tak tidur malam.Dulu dok kata Mak cik tu tak betul ,mak cik ni tak betul.Tiba-tiba hari ni dengan muka tebal jumpa mak cik tua yang di caci-caci selama ni .p.ll.untuk mengadu.Bukan nak insaf malah buat fitnah lagi yang kononnya dia di fitnah oleh orang yang membongkar rahsia penipuan kewangan persatuan dan parti. Mak cik tua yang di panggil oleh tikus-tikus kubang sebagai nyanyuk ni pura-pura tak tahu tentang cerita dia ni.Bila mak cik tua yang bernama R ni kata tidak ada siapa pun mengadu dengannya tikus kubang ni pun percaya. Pelik betul bila kami bersemuka dengannya dulu dia tetap tak mengaku yang dia dan kawan-kawannya mrnipu.Sedangkan kami mak cik-mak cik tua ni dapat first hand information dari Dato' ketua kami.Tapi bila Ketua wanita kami kata " kita ni orang Islam semua dah pergi Mekah,dah keliling Kaabah tujuh kali.Duduk masjid siang malam.Tolong cakap telus-telus ,jangan nak menipu!!". Barulah dia mengaku.RM 20,000.00 yang didapati dari Dato' ketua kami tu dah lesap hanya tinggal RM 3,000.00 saje.Sewa yang sepatutnya di bayar untuk setahun hanya baru bayar RM3,000.00. Pilihanraya dah dekat.Kini saya dengar api dah nak kena potong.Kami nak mesyuarat dan nak buat program macam mana?Masih nak berdalih yang dia di fitnah lagi.Tiga tikus Kubang yang bermaharajalela terus dengan bongkaknya meneruskan operasi menipunya.Yang peliknya orang atas ni percaya dengan mereka.Walaumacammana pun kini Dato'ketuakami dah tahu.Khabarnya si tikus kubang ni dah hantar surat letak jawatan.Kita tunggu dan lihatlah nanti.Yang juga jadi tanda tanya bekas timbalan KSU juga sama menjadi tikus kubang .Macam manalah persatuan atau parti tak jadi sasaran orang ramai.Kita yang menaja parti dan persatuan sejak tahun 1978,segala program kita buat ,kita pakai duit sendiri.Tak pernah minta ganti pun.Mak cik-mak cik rua nilah yang jaga parti dan persatuan yang hidup sampai sekarang. Cukup masa tikus-tikus kubang yang baru jadi ahli tak sampai 6 bulan dah boleh menyapu 20,000.00 dengan sekelip mata.Apa hal? Masih nak kata dia di fitnah lagi? Fikir-fikirkan lah.Tak takut seksa kubur ke mereka ni semua?

1 comment:

  1. Kita jangan lekas mengata orang lain tu nyanyuk dan tua.Jangan lekas kata orang tua ni menghabis kan beras kau tiga ekor tikus kubang tak muda mana pun.Banding dengan kami mak cik-mak cik tua kami 5 - 10 tahun lebih muda dari kamu tikus kubang yang tak bermaruah tu. Bila bentang penyata kamu kata apa? ."Saya belanja duit saya ni untuk aktiviti ! ". Dengar kamu belanja duit kamu kita AJK mendiamkan diri . Pada pendapat kita ,kalau dah bermurah hati belanja untuk parti atau persatuan ,siapalah kami semua untuk menyoal.
    Mak cik-mak cik tua ni dah banyak berjasa tanpa mengira usaha dan keringatnya dengan duit .Malah duit mereka yang banyak habis.

    ReplyDelete